Friday, March 30, 2012

Pembunuh Cinta

Kenapa ada insan yang suka melukai? Mengapa ada insan yang harus dilukai? Apa semua itu tidak cukup?


Derita cinta; cinta yang disemai dengan benih kasih mati di pusara cinta. Cinta yang sedang mekar layu kuntumnya. Kenapa? Kenapa masih ada manusia yang sanggup biarkan cinta itu mati? Atau cinta itu selayaknya dibiarkan derita dan akhirnya mati. Walau debunya pun tidak terlihat lagi.


Susah aku nak faham hati manusia, kehendak dan keperluan tidak dapat dibezakan lagi. Kau boleh dapat cinta dengan hanya memetik jari, tapi kau takkan dapat fahami cinta jika ia bukan dari hati.


Jika kau sudah tidak mahu cinta itu, lepaskan ia pergi. Biarkan ia terbang mencari pemilik yang baru, jangan bunuh cinta itu..



Thursday, January 26, 2012

Awan itu.. Boleh terbangkan aku ke sana?

Kuning ( bulan & bintang) + biru ( langit) = Hijau. Okay fine, failed. Tapi masih cantik bukan?



Subhanallah, terlalu cantik. Allah pinjamkan aku awan itu tapi Allah letak atas langit sebab Allah nak suruh aku kongsi salah satu nikmat - NYA bersama - sama hamba- NYA yang lain. Itu tandanya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Terima kasih Ya Allah.


Pernah kau bayangkan, tidur di atas awan. Bila kau sentuh awan itu, ia terlalu lembut sehingga deria sentuhanmu tidak dapat merasakan apa yang kau sentuh. Subhanallah. 


Pejamkan mata, kau sedang tidur. Tidur di atas awan. Mimpi? Mungkin. Terapung di udara. Nyaman.. Langit biru yang menenangkan. Samar - samar cahaya kekuningan menerangi malam, bulan atau bintang? Dua - dua mungkin. Kau pejam mata lagi, dan awan terus bergerak mengelilingi bumi. 


Jadi, awan itu.. boleh terbangkan aku ke sana?

Friday, January 20, 2012

Jangan sedih, kau masih boleh bahagia.

Kadang-kadang kehidupan ni macam tak adil. Penipuan. kekejaman, kesakitan, kesengsaraan, kegagalan dan segala macam perkara yang buat harapan dan impian kita musnah. Tapi kita tak pernah sedar, ataupun mungkin kurang tahu sebenarnya masih ada insan lain yang lebih derita. Sesungguhnya Allah takkan uji hamba - NYA dengan ujian yang tak mampu kita hadapi. Kita rasa kita paling derita tapi pernah tak kita tengok sekeliling kita, macam mana seorang mak cik tua mengutip tin, kotak, sampah sarap sedangkan mak kita masih boleh bagi kita duit belanja. Macam mana seorang pak cik tua yang buta berjalan terbongkok2 tanpa seorang pun menolong sedangkan ayah kita mampu memandu kereta. Macam mana seorang kanak-kanak merayau2 di sekitar bandar dan hanya mampu menelan liur ketika melintasi kedai makan sedangkan kita hari-hari makan KFC. Adakah kita manusia yang paling derita?

Setiap anak yatim pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, ada ayah, ibu, kakak, abang, adik. Hakikatnya mereka tak punyai siapa, tapi itu tak membuktikan mereka tak mampu bahagia. Mereka masih punya kawan, sahabat dan cinta. Kebahagiaan itu perlu dicari. Jangan menangis andai kau tak pernah menjumpai 'bahagia', kerana aku yakin jika kau tidak pernah berputus asa, 'bahagia' pasti akan tiba. Mungkin dengan cara yang kita tak pernah sangka. Hidup ini penuh dengan kejutan. Ada yang melukakan dan ada yang membahagiakan.

Jika kau kaya tak bermakna kau tidak akan derita dan jika kau papa tak bermakna kau tidak akan bahagia. Bahagia tidak terletak pada harta, rupa, pangkat, darjat, dan siapa kau di dunia ini. Tapi bahagia terletak pada hati, hati yang tiada siapa akan mengerti selain diri kau sendiri. Semua orang pernah derita dan semua orang pernah bahagia, jika ada yang mengaku mereka tidak pernah melalui semua itu, mereka sedang melakukan penipuan yang besar. 

Aku bukan ahli nujum yang mampu membaca hati dan fikiran seseorang. Aku cuma manusia biasa, setiap hari belajar untuk menjadi yang terbaik dan mengutip setiap cebisan harapan dan impian yang pernah musnah dan cuba membina semula dengan tapak yang kukuh dan kuat agar ia tidak roboh di kemudian hari. Andai ia roboh lagi, maka aku akan mengulangi proses yang sama. Membina dan terus membina. Jika ditanya soal kehidupan, aku mampu menangis sehari semalam mengenangkan keperitan yang pernah aku alami. Tapi aku tak mahu hidup mengenangkan masa silam kerana masa tak pernah mengundur ke belakang sebaliknya terus menuju ke hadapan. Dan begitu juga lah aku, aku mahu terus ke depan, mencari kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan dan terus meneroka setiap sudut alam ini. Ini tidak bermakna aku meninggalkan terus masa lampau, setiap apa yang berlaku dan setiap pengalaman yang aku kutip akan dijadikan kenangan dan pengajaran untuk meniti perjalanan kehidupan yang masih panjang dan berliku. Masa lampau bukan untuk ditangisi dan disesali, sebaliknya ambillah seberapa banyak pengajaran di dalamnya. Hidup tak kejam, tapi manusia yang tak pandai menghargai kehidupan ( okay fine tu ayat Izzah ombak rindu, aku cuma tukar 'cinta' kepada 'hidup'. Hehehe)

Atau mungkin kebahagiaan tu ada dalam botol ni. Kena bukak penutup tu dulu, baru lah ia terbang kepada tuan nya :)

Friday, July 8, 2011

Kalau rama-rama masuk rumah tanda ada orang nak datang?





Masa aku kecik, nenek aku pernah cakap, kalau ada rama-rama masuk rumah tandanya ada orang nak datang. Masa kecik dulu ala-ala innocent lagi kan, so aku percaya je la. Kebetulanya memang setiap kali rama-rama masuk rumah, kejap lagi mesti ada orang datang.


Mula pada hari tu, aku jadi macam seronok pulak percaya benda tu. Setiap kali aku tengok rama-rama masuk rumah aku jadik excited, sape la nak datang ni eh.. Hehe. Alah budak-budak, biasa la tu, selalu hidup dalam alam fantasi ciptaan sendiri.


Tapi kalau rama-rama masuk rumah malam-malam buta, ada orang nak datang jugak ke? Kalau pukul 3 pagi? Heeee, sebenanye sape yang nak datang ni. Pernah la jugak jadi kes macam tu, tapi biasanya esok tu baru ade orang datang.


Senang cite la kan, benda tu macam betul tau. Tapi aku malas nak percaya lebih-lebih. Dah menyimpang dari highway dah. Sekali sekala saja nak main-main bole la. Dibuatnya tetamu yang datang tu sebenanye rombongan meminang, syok jugak. Hehehe.

Thursday, July 7, 2011

The pursuit of happiness.

Korang pernah tengok tak movie ni? Will Smith pegang watak utama. Aku rasa movie ni memang cukup mengagumkan. Masa aku tengok tu dah tengah-tengah dah. Even aku tengok masa movie tu dah tayang separuh, aku still boleh paham jalan cerita. Kira movie ni tak complicated sangat la. TV2 tayang movie ni sempena hari bapa. Dan sempena DBKL datang cek rumah aku, tak pasal-pasal dapat saman. Iklan kejap.

Ceritanya lebih kurang pasal perjuangan hidup Chris ni, dia memang banyak berusaha tapi still tak berjaya. Sampaikan isteri dia tinggalkan dia. Then dia teruskan hidup & jaga anak dia yang berusia 5 tahun, Christopher. Perjalanan hidup dia memang banyak dugaan. Dia ada amek peperiksaan untuk jadi broker.

But it takes about 6 months. Aku pon tak paham sangat keje omputih ni. By that time memang susah la hidup dia. Kena halau dari rumah sewa, duit pun tak de. Dah la nak kena jaga anak lagi. Pasal wife dia aku tak sure sebab tak tunjuk sangat.  Tapi dia still berusaha. Walaupun terpaksa tidur merata-rata. At last, semua efforts dia membuahkan hasil. Dia berjaya dalam peperiksaan tu & berjaya ubah hidup dia dan anak dia. Rupa-rupanya kisah hidup Chris ni sebenarnya kisah benar.

Yang aku paling kagum dengan English movie ni, cara penyampaian dorang ni memang berkesan. Sampaikan kita dapat rasa apa yang watak tu rasa. Sedih ke, gembira ke.

Tapi ada satu perkara dalam movie ni yang betul-betul bukak minda aku. Selama ni kita selalu dengar, ‘bukan mudah untuk dapatkan sesuatu’. Tapi ayat tu cuma masuk dalam minda kita je, bukan hati. Lepas aku tengok movie ni, aku tak tau. Tapi aku rasa ‘sesuatu’. Perasaan aku terbahagi dua. Tiba-tiba aku rasa semangat nak berusaha untuk capai impian aku, dalam masa yang sama aku rasa takut nak hadapi kegagalan. Aku malas nak layan, mungkin tu cuma mainan jiwa aku.

Pernah kadang-kadang aku rasa macam nak give up. Tapi bila fikirkan masa depan. Aku rasa give up tu satu keputusan yang bodoh. Tak semua orang dapat peluang macam kita. Kadang-kadang peluang tu dah terhidang depan mata kita, tapi kita je dengan sombong tolak peluang tu. Kita berjalan di atas bumi yang sama, tapi kita tak mungkin berkongsi landasan yang serupa. Sedangkan planet pun ada orbitnya sendiri.  Yang penting kita tau mana landasan dan hala tuju perjalanan hidup kita. Peringatan ni untuk diri sendiri jugak. Takut andai aku tergelincir dari landasan sendiri.

Keangkuhan dan kekejaman kaum Yahudi yang tiada berkesudahan


Kaum Yahudi; nama tu dah biasa sangat kita dengar kan? Tapi masih ada lagi di kalangan kita yang masih tidak tahu mengenai asal usul kaum Yahudi ni. Insya-ALLAH, aku akan cuba terangkan tentang kaum ni kat korang setakat mana yang aku tau.

Ada pendapat mengatakan perkataan ‘Yahudi’ diambil sempena nama Yehuda, iaitu salah seorang anak Nabi Yaakub yang akhirnya menjadi dijadikan nama salah sebuah kerajaan Israel. Manakala nama Israel ialah nama yang diberikan Tuhan kepada Nabi Yaakub. Di Mesir, masyarakat Yahudi ni hidup dengan mengasingkan diri daripada orang Mesir, disebabkan itu kaum mereka tidak bercampur dengan orang Mesir. Orang Yahudi sendiri berwasiat, bahawa mereka semua mesti wujudkan cara hidup sendiri & berbeza dengan manusia lain. Tujuan semua tu supaya mereka boleh berrbangga dengan keturunan mereka. Sebab yang paling utama, kaum Yahudi menganggap diri mereka adalah daripada keturunan para nabi. Jadi orang lain ni macam tak layak la nak bercampur dengan mereka.  

Disebabkan sifat mereka yang suka mengasingkan diri. Penduduk mesir dan raja mereka (Firaun) menganggap  kaum  Yahudi sebagai pendatang asing. Pernah satu ketika, ketika di bawah pemerintahan salah seorang Firaun, kaum mereka diseksa dengan sekejam-kejamnya. Tapi Allah maha kaya, Allah telah perintahkan Nabi Musa A.S untuk menyelamatkan mereka. Di mana Nabi Musa telah menggunakan tongkatnya dan membelah Laut Merah lalu menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.  Setelah mereka berjaya diselamatkan, mereka dipimpin oleh Nabi Musa A.S. Tetapi kedegilan mereka jelas terbukti apabila Nabi Musa meninggalkan mereka untuk bermunajat kepada Allah S.W.T, lalu mereka dipimpin oleh Nabi Harun A.S. Tetapi mereka telah mengingkari kepimpinan Nabi Harun A.S dan menyembah patung anak lembu daripada emas yang dibuat sendiri. Setelah itu, Nabi Musa kembali kepada mereka, namun mereka mula menunjukkan sikap keras kepala dan berkata kepada Nabi Musa A.S
            “ kami tidak akan beriman kepadamu (Musa) sehingga kami dapat melihat Allah secara terang”

Disebabkan kata-kata mereka itu, Allah telah mengancam akan menimpakan gunung ke atas mereka. Buat seketika mereka tunduk kepada Allah kerana takut dan berjanji untuk taat setia kepada Nabi Musa. Namun, ketaatan mereka hanya sementara dan mula mengingkari Nabi Musa A.S. Kemudian Allah memerintahkan supaya mereka memasuki bumi suci, Baitul Maqdis. Tetapi mereka enggan dengan alasan musuh mereka berada di sana.  Malah mereka mencabar Nabi Musa dan Nabi Harun masuk ke bumi suci itu dahulu dan menghapuskan musuh mereka. Keingkaran mereka menyebabkan Allah menyeksa mereka dengan memaksa mereka tinggal di padang pasir selama 40 tahun. Dalam tempoh itu, Allah menutup pandangan mereka agar mereka tidak menemui jalan keluar. Selepas itu mereka diperintahkan oleh Allah S.W.T masuk ke bumi suci semula. Namun mereka masih menderhakai Nabi Musa dan memutar belitkan kenyataan.

Allah telah mengutuskan beberapa orang nabi kepada mereka, namun mereka masih bersikap seperti dulu. Malah sesetengah nabi dibunuh oleh mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga berani mengubah agama Allah yang diturunkan kepada mereka.

Kaum Yahudi percaya bahawa merekalah satu-satunya bangsa pilihan Tuhan untuk menguasai dan memerintah dunia ini. Kononnya menurut kitab mereka, Tuhan sendiri menyatakan kepada nenek moyang mereka, Nabi Ibrahim A.S. bahawa daripada keturunan Nabi Ibrahimlah Tuhan akan menurunkan raja-raja di dunia ini. Tetapi mereka telah menafikan satu hakikat di mana mereka cuma mengiktiraf keturunan Nabi Ibrahim daripada isteri pertama sahaja iaitu Siti Sarah.  Manakala Ismail anak daripada isteri kedua Nabi Ibrahim, Siti Hajar tidak diiktiraf. Disebabkan itu, Tuhan murka kepada Bani Israel.

Persoalan mengapa kaum Yahudi bersikap pendendam adalah berpunca ketika kaum mereka ditindas dan diseksa pada suatu ketika dulu di zaman pemerintahan salah seorang Firaun. Tindakan mereka pada masa ini merupakan kesan psikologi terhadap diri mereka. Pada ketika mereka ditindas dan diseksa, ia memberi kesan kepada cara berfikir, perasaan, dan pandangan mereka terhadap kaum lain di dunia ini. Maka terbentuklah satu personaliti dalam diri mereka sebagai satu bangsa yang pendendam dan pembunuh terhadap bangsa lain. Dan itulah tabiat semula jadi kaum Yahudi bermula daripada nenek moyang mereka sehingga ke anak cucu mereka yang masih bernyawa pada hari ini.

Jika  di ikutkan logik, mereka tidak perlu berdendam dengan kaum lain kerana merekalah yang memulakan segalanya. Mereka yang mula mengasingkan diri dan menganggap diri mereka terhebat. Tapi apabila mereka ditindas dan diseksa, mereka menganggap kaum lain tidak berhak untuk hidup. Disebabkan itulah Allah telah menyebut kaum Yahudi dahulu sebelum kafir musyrikin disebabkan kejahatan dan kezaliman mereka. Mereka memang layak ditindas dan diseksa oleh Allah setelah apa yang mereka lakukan. Mereka terlalu banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini,terlalu banyak fitnah yang disebarkan dan terlalu banyak nyawa yang terkorban disebabkan kekejaman mereka yang tidak berpenghujung. Marilah kita doakan semoga sahabat-sahabat kita di bumi Palestin terus tabah dan sabar menghadapi segala ujian. Dan semoga segala keperitan dan kesakitan yang mereka alami akan terbalas suatu hari nanti. Insya-Allah.

Smart Husband, Smarter Wife

The couple has been married for almost 40 years

Husband: Casey, sometimes I feel regret marrying you.

Wife: *shocked* have I done anything wrong to you? I’m really sorry Harry….

Husband: No I mean, compared to my friends, they all got beautiful wives. Do you remember when we were young, I’m trying to get attention from your friend that was seating beside you, but you were the one that attracted by me instead. While I’m walking on the street when I saw a beautiful lady, I’m asking myself, why am I not fated to marry her? Why am I marrying you? But I think it’s normal for a guy to have that thought. You... Get what I mean right? *hesitantly looking at his wife*

Wife: Of course Harry, I get what you mean. *Sadly*

Husband: Oh Casey, please don’t get upset. It’s not like marrying you were a nightmare for me. The thought only crossed ‘sometimes’. But at most of the times, you were the only one that can understand me better.

 Wife: You know what Harry, I feel like I was the luckiest when I’m marrying you.

Husband: Really?*smiling joyfully*

Wife: ONCE IN A WHILE….

Husband: ?????

I guess you get what is the wife was trying to say. Means that at most of the times the one that felt regret in the marriage was the wife, not him. LOL :p